Raja Suryavarman II

Raja Suryavarman II merupakan raja Empayar Khmer dari 1113 hingga 1145-1150 M dan pembina Angkor Wat. Beliau berjaya menyatupadukan kerajaan Angkor yang berpecah belah, dan terkenal sebagai penakluk yang besar. Beliau telah memulakan hubungan diplomatik dengan China.Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan dianggap tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Pembinaan ini memakan masa 30 tahun.Suryavarman II (Bahasa Khmer: សូរ្យវរ្ម័នទី២) selepas kematiannya digelar Paramavishnuloka, adalah seorang raja Khmer dari Empayar Khmer dari 1113 AD hingga 1145-1150 AD dan merupakan pembina Angkor Wat, monumen agama terbesar di dunia yang ia tujukan kepada Dewa Wisnu. Semasa pemerintahannya kemuncak seni bina, banyak kempen ketenteraan dan pemulihan kerajaan yang kuat telah menyebabkan para ahli sejarah mengganggap Suryavarman sebagai salah satu raja terbesar empayar Khmer.